twitter


Untuk membolehkan murid memahami, menghayati serta mengamalkan prinsip-prinsip tersebut, sebanyak tujuh bidang pembelajaran telah dikenal pasti dan nilai-nilai moral disampaikan menerusi bidang pembelajaran tersebut. Selain aspek kerohanian dan kemanusiaan, bidang pembelajaran itu juga menekankan aspek kemasyarakatan dan kebudayaan. Bidang pembelajaran tersebut adalah seperti berikut :

  • Nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri.
  • Nilai berkaitan dengan Kekeluargaan.
  • Nilai berkaitan dengan Alam Sekitar.
  • Nilai berkaitan dengan Patriotisme.
  • Nilai berkaitan dengan Hak Asasi Manusia.
  • Nilai berkaitan dengan Demokrasi.
  • Nilai berkaitan dengan Keamanan dan Keharmonian.

0 comments:

Post a Comment